Wednesday 25 September 2019

PENDUDUKAN KUASA-KUASA ASING

Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan, Tanah Melayu turut dijadikan tumpuan kepada kuasa-kuasa Barat. Oleh itu, Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat. Apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511, sememangnya penjajahan bermula sejak abad ke-15. Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang saling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu. 

     Dari segi rentetan peristiwa, pelayaran orang Eropah semakin menghampiri Asia apabila Bartholomew Diaz berjaya tiba di Tanjung Pengharapan di Benua Afrika pada tahun 1488. Kemudian, disusuli pula pelayaran Vasco Da Gama sehingga tiba di Kalikat pada tahun 1498. Penemuan ini membuka ruang kepada Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di India dengan membuka loji perdagangan di Cochin seterusnya menawan Goa pada tahun 1510. Selain itu, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511. 

   Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641) selama 130 tahun, Belanda (1641-1824) selama 183 tahun. Selain itu, negara kita juga pernah diduduki Jepun pada (1941-1945) selama 4 tahun. Dibahagian lain pula Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh Kerajaan Siam.

  


Disediakan Oleh: Nur Farah Hanani Binti Hashim

Sunday 22 September 2019

MAKLUMAT AHLI KUMPULAN


MAKLUMAT AHLI KUMPULAN:



NURUL SYABIHAH BINTI BAKRI

30DLS19F1058

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



AMIRAH BINTI HAMZAH

30DLS19F1006

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



SITI NURFADHILAH BINTI MOHAMMAD SETH

30DLS19F1002

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



NUR FARAH HANANI BINTI HASHIM

30DLS19F1026

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



ANIS AQILAH ZAINAL

30DLS19F1034 

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN












Wednesday 18 September 2019

PENDAHULUAN


DUB 1012-PENGAJIAN MALAYSIA



Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat sentiasa didedahkan tentang keperluan untuk menghargai, mengekalkan dan menghayati kedaulatan negara. Dalam era  perkembangan dunia tanpa sempadan dan cabaran globalisasi yang semakin besar, sistem pendidikan menjadi satu saluran bagi pendedahan tersebut. Usaha untuk memupuk jati diri bangsa Malaysia yang unggul, memperkukuhkan ikatan perpaduan, melahirkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara memerlukan pemahaman yang tepat tentang latar belakang pembentukan negara dan perkembangannya. Maklumat inilah yang menjadi inti kepada sukatan pelajaran Pengajian Malaysia. Selain daripada usaha memupuk perpaduan rakyat dan mengukuhkan semangat patriotisme, pembelajaran dan penghayatan terhadap mata pelajaran Pengajian Malaysia merupakan langkah untuk mempersiapkan para pelajar sebagai agen mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi dengan melahirkan rakyat yang berdaya saing serta berfikiran inovatif.