Wednesday, 25 September 2019

PENDUDUKAN KUASA-KUASA ASING

Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan, Tanah Melayu turut dijadikan tumpuan kepada kuasa-kuasa Barat. Oleh itu, Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat. Apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511, sememangnya penjajahan bermula sejak abad ke-15. Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang saling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu. 

     Dari segi rentetan peristiwa, pelayaran orang Eropah semakin menghampiri Asia apabila Bartholomew Diaz berjaya tiba di Tanjung Pengharapan di Benua Afrika pada tahun 1488. Kemudian, disusuli pula pelayaran Vasco Da Gama sehingga tiba di Kalikat pada tahun 1498. Penemuan ini membuka ruang kepada Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di India dengan membuka loji perdagangan di Cochin seterusnya menawan Goa pada tahun 1510. Selain itu, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511. 

   Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641) selama 130 tahun, Belanda (1641-1824) selama 183 tahun. Selain itu, negara kita juga pernah diduduki Jepun pada (1941-1945) selama 4 tahun. Dibahagian lain pula Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh Kerajaan Siam.

  


Disediakan Oleh: Nur Farah Hanani Binti Hashim

No comments:

Post a Comment