Bangunan Stadhuys di Melaka
Pada tahun 1619, Belanda
telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan
perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka. Untuk
memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah
beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya
mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan
warisan pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya
dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun
1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan
satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap
mereka itu. Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan
mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi
seolah-olah "retak menanti belah".
Ini kerana telah timbul perasaan syak wasangka diantara satu sama lain dan mereka tidak senang dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka. Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Disediakan Oleh:Amirah Binti Hamzah & Nurul Syabihah
Binti Bakri
No comments:
Post a Comment