Monday, 7 October 2019

PENDUDUKAN BELANDA DI SELANGOR


Persetujuan Melombong Bijih Timah Di Selangor

Semenjak pemerintahan Sultan Selangor yang pertama ( Raja Lumu/Sultan Salehuddin), Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar terutama timah. Pada tahun 1760-an lagi, Kuala Selangor telah mula menampakkan peranan aktif sebagai tapak pengumpulan timah. Walaupun Perak telah menetapkan perdagangan timah dengan Belanda namun pedagang-pedagang yang tidak berpuas hati dengan harga timah telah beralih ke Selangor.











Disediakan oleh: Siti Nurfadhilah Binti Mohd Seth & Nur Farah Hanani Binti Hashim

PENDUDUKAN BELANDA DI PERAK





Kota Belanda (Dutch Fort) di Pulau Pangkor

Pada tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah. Setelah menawan Melaka pada tahun 1641, V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak, tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar. Belanda telah menyekat pedagang luar di Kuala Sungai Perak seperti Aceh, China dan India. Kemudian Belanda meminta bantuan daripada Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin (1641-1675) hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak. 
Pada tahun 1655 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar (1653-1720) sekali lagi Truitjtman ke Perak untuk menuntut perkara-perkara berikut:







Satu perjanjian ditandatangani pada 25 Jun 1747 dan Belanda diberi kebebasan berniaga timah di Perak. Belanda juga mengukuhkan kedudukan dengan pembinaan sebuah loji di Pangkalan Halban, Tanjung Putus bagi menggantikan pangkalan mereka  di Dinding. Belanda terus berusaha mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila takhta Perak dipegang oleh Sultan Alaudin Mansyur Syah, baginda bersetuju menurunkan harga kepada 32 Riyal. Apabila takhta Perak diambil alih oleh Sultan Ahmadin Syah, baginda menaikkan harga timah kepada 34 Riyal sebahara. Belanda dan V.O.C tertekan apabila pentadbiran Perak dipangku oleh Raja Muda apabila Sultan Ahmadin tidak sihat. Akhirnya loji Belanda di Tanjung Putus terpaksa tutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-Surat Kew dan status V.O.C yang dibubarkan.


Disediakan Oleh: Anis Aqilah Zainal & Nurul Syabihah Binti Bakri



PENDUDUKAN BELANDA DI MELAKA



Bangunan Stadhuys di Melaka

     Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka. Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan pada tahun 1641.
       Kerajaan Johor pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu. Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah "retak menanti belah". 
      Ini kerana telah timbul perasaan syak wasangka diantara satu sama lain dan mereka tidak senang dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka. Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.


Disediakan Oleh:Amirah Binti Hamzah & Nurul Syabihah Binti Bakri

PENDUDUKAN BELANDA


Syarikat Bersatu Hindia Timur (V.O.C)

Pada tahun 1559, Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu.Selepas itu, semakin ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu, terutamanya untuk mendapatkan:

rempah ratus, buah pala, dan kayu cengkih 

Kepesatan perdagangan ini telah mendorong pedagang Belanda bergabung dengan membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) atau dikenali sebagai V.O.C pada 20 Mac 1602.
  • Tujuan utama penubuhan V.O.C adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.
  • Untuk mencapai tujuan ini, Belanda seharusnya menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di alam Melayu. 

Disediakan Oleh: Amirah Binti Hamzah

Wednesday, 25 September 2019

PENDUDUKAN KUASA-KUASA ASING

Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan, Tanah Melayu turut dijadikan tumpuan kepada kuasa-kuasa Barat. Oleh itu, Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat. Apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511, sememangnya penjajahan bermula sejak abad ke-15. Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang saling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu. 

     Dari segi rentetan peristiwa, pelayaran orang Eropah semakin menghampiri Asia apabila Bartholomew Diaz berjaya tiba di Tanjung Pengharapan di Benua Afrika pada tahun 1488. Kemudian, disusuli pula pelayaran Vasco Da Gama sehingga tiba di Kalikat pada tahun 1498. Penemuan ini membuka ruang kepada Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di India dengan membuka loji perdagangan di Cochin seterusnya menawan Goa pada tahun 1510. Selain itu, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511. 

   Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641) selama 130 tahun, Belanda (1641-1824) selama 183 tahun. Selain itu, negara kita juga pernah diduduki Jepun pada (1941-1945) selama 4 tahun. Dibahagian lain pula Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh Kerajaan Siam.

  


Disediakan Oleh: Nur Farah Hanani Binti Hashim

Sunday, 22 September 2019

MAKLUMAT AHLI KUMPULAN


MAKLUMAT AHLI KUMPULAN:



NURUL SYABIHAH BINTI BAKRI

30DLS19F1058

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



AMIRAH BINTI HAMZAH

30DLS19F1006

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



SITI NURFADHILAH BINTI MOHAMMAD SETH

30DLS19F1002

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



NUR FARAH HANANI BINTI HASHIM

30DLS19F1026

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN



ANIS AQILAH ZAINAL

30DLS19F1034 

DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN