Pendudukan Belanda Di Tanah Melayu
Wednesday, 9 October 2019
Monday, 7 October 2019
PENDUDUKAN BELANDA DI SELANGOR
Persetujuan Melombong Bijih Timah Di Selangor
Semenjak pemerintahan Sultan Selangor yang pertama ( Raja Lumu/Sultan Salehuddin), Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar terutama timah. Pada tahun 1760-an lagi, Kuala Selangor telah mula menampakkan peranan aktif sebagai tapak pengumpulan timah. Walaupun Perak telah menetapkan perdagangan timah dengan Belanda namun pedagang-pedagang yang tidak berpuas hati dengan harga timah telah beralih ke Selangor.
Disediakan oleh: Siti Nurfadhilah Binti Mohd Seth & Nur Farah Hanani Binti Hashim
PENDUDUKAN BELANDA DI PERAK
Pada tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah II (Raja Sulong) telah
membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah. Setelah menawan Melaka pada
tahun 1641, V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak, tetapi tidak
dipersetujui oleh Sultan Muzaffar. Belanda telah menyekat pedagang luar di
Kuala Sungai Perak seperti Aceh, China dan India. Kemudian Belanda meminta
bantuan daripada Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam
Safiatuddin (1641-1675) hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga
di Perak.
Pada tahun 1655 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar
(1653-1720) sekali lagi Truitjtman ke Perak untuk menuntut perkara-perkara
berikut:
Satu perjanjian ditandatangani pada 25 Jun 1747 dan Belanda
diberi kebebasan berniaga timah di Perak. Belanda juga mengukuhkan kedudukan
dengan pembinaan sebuah loji di Pangkalan Halban, Tanjung Putus bagi
menggantikan pangkalan mereka di Dinding. Belanda terus berusaha
mendapatkan harga yang lebih rendah. Apabila takhta Perak dipegang oleh Sultan
Alaudin Mansyur Syah, baginda bersetuju menurunkan harga kepada 32 Riyal.
Apabila takhta Perak diambil alih oleh Sultan Ahmadin Syah, baginda menaikkan
harga timah kepada 34 Riyal sebahara. Belanda dan V.O.C tertekan apabila
pentadbiran Perak dipangku oleh Raja Muda apabila Sultan Ahmadin tidak sihat.
Akhirnya loji Belanda di Tanjung Putus terpaksa tutup pada tahun 1795 akibat
beberapa faktor seperti Surat-Surat Kew dan status V.O.C yang dibubarkan.
Disediakan Oleh: Anis Aqilah Zainal & Nurul Syabihah Binti Bakri
PENDUDUKAN BELANDA DI MELAKA
Bangunan Stadhuys di Melaka
Pada tahun 1619, Belanda
telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan
perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka. Untuk
memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah
beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya
mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan
warisan pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya
dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun
1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan
satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap
mereka itu. Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan
mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi
seolah-olah "retak menanti belah".
Ini kerana telah timbul perasaan syak wasangka diantara satu sama lain dan mereka tidak senang dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka. Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Dise diakan Oleh:Amirah Binti Hamzah & Nurul Syabihah
Binti Bakri
PENDUDUKAN BELANDA
Syarikat Bersatu Hindia Timur (V.O.C)
Pada tahun 1559, Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu.Selepas itu, semakin ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu, terutamanya untuk mendapatkan:
rempah ratus, buah pala, dan kayu cengkih
Kepesatan perdagangan ini telah mendorong pedagang Belanda bergabung dengan membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) atau dikenali sebagai V.O.C pada 20 Mac 1602.
- Tujuan utama penubuhan V.O.C adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.
- Untuk mencapai tujuan ini, Belanda seharusnya menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di alam Melayu.
Disediakan Oleh: Amirah Binti Hamzah
Wednesday, 25 September 2019
PENDUDUKAN KUASA-KUASA ASING
Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan, Tanah Melayu turut dijadikan tumpuan kepada kuasa-kuasa Barat. Oleh itu, Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat. Apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511, sememangnya penjajahan bermula sejak abad ke-15. Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang saling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu.
Dari segi rentetan peristiwa, pelayaran orang Eropah semakin menghampiri Asia apabila Bartholomew Diaz berjaya tiba di Tanjung Pengharapan di Benua Afrika pada tahun 1488. Kemudian, disusuli pula pelayaran Vasco Da Gama sehingga tiba di Kalikat pada tahun 1498. Penemuan ini membuka ruang kepada Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di India dengan membuka loji perdagangan di Cochin seterusnya menawan Goa pada tahun 1510. Selain itu, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511.
Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641) selama 130 tahun, Belanda (1641-1824) selama 183 tahun. Selain itu, negara kita juga pernah diduduki Jepun pada (1941-1945) selama 4 tahun. Dibahagian lain pula Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh Kerajaan Siam.
Disediakan Oleh: Nur Farah Hanani Binti Hashim
Sunday, 22 September 2019
MAKLUMAT AHLI KUMPULAN
MAKLUMAT AHLI KUMPULAN:
NURUL SYABIHAH BINTI BAKRI
30DLS19F1058
DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
AMIRAH BINTI HAMZAH
30DLS19F1006
DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
SITI NURFADHILAH BINTI MOHAMMAD SETH
30DLS19F1002
DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
NUR FARAH HANANI BINTI HASHIM
30DLS19F1026
DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
ANIS AQILAH ZAINAL
30DLS19F1034
DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
Wednesday, 18 September 2019
PENDAHULUAN
DUB 1012-PENGAJIAN MALAYSIA
Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat sentiasa didedahkan tentang keperluan untuk menghargai, mengekalkan dan menghayati kedaulatan negara. Dalam era perkembangan dunia tanpa sempadan dan cabaran globalisasi yang semakin besar, sistem pendidikan menjadi satu saluran bagi pendedahan tersebut. Usaha untuk memupuk jati diri bangsa Malaysia yang unggul, memperkukuhkan ikatan perpaduan, melahirkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara memerlukan pemahaman yang tepat tentang latar belakang pembentukan negara dan perkembangannya. Maklumat inilah yang menjadi inti kepada sukatan pelajaran Pengajian Malaysia. Selain daripada usaha memupuk perpaduan rakyat dan mengukuhkan semangat patriotisme, pembelajaran dan penghayatan terhadap mata pelajaran Pengajian Malaysia merupakan langkah untuk mempersiapkan para pelajar sebagai agen mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berpendapatan tinggi dengan melahirkan rakyat yang berdaya saing serta berfikiran inovatif.
Subscribe to:
Posts (Atom)